Powered By Blogger

Tuesday, January 19, 2010

Bagaimanakah ketrampilan diri yang sesuai untuk menghadiri temuduga?


1) Cara berpakaian

Cara berpakaian dan jenis pakaian ketika menghadiri temuduga juga boleh menjadi penentu
kejayaan anda dalam sesi temuduga. Oleh itu banyak yang telah diperkatakan dengan konsep "Berpakaian untuk kejayaan".Di sini dinyatakan beberapa perkara berkaitan cara berpakaian.

i) Perkara yang tidak elok pada kedua-dua pihak iaitu calon dan panel penemuduga:
Tindik telinga atau badan yang mudah dilihat . "Tatto" atau menanda badan secara kekal dan mudah dilihat
- Pemakaian pewangi secara berlebihan

ii) Perkara yang tidak elok untuk lelaki:
Warna pakaian (Hitam, Merah dan Berwarna-warni)
Jenis pakaian (Jeans, t-shirt dll) - Jenis tali leher (warna tidak sepadan dengan warna pakaian)
Berambut panjang dan berekor - Mewarnakan rambut dengan warna-warna tertentu yang menyakitkan mata
iii) Perkara yang tidak elok untuk wanita:
Pakaian yang menjolok mata.
Pemakaian warna kain tudung yang tidak sesuai.
Warna pakaian yang garang / striking


2) Tips ketika masuk Bilik Temuduga

Cara-cara yang patut dipraktikkan adalah seperti berikut:
Bangun dan berdiri tegak, kemudian hulurkan tangan untuk berjabat salam bersama panel penemuduga.
Berjabat salam secara lembut tetapi tegas
Jangan sekali-kali berjabat salam secara longlai dan tidak bertenaga
Berikan senyuman ringkas yang menarik
Ucapkan Selamat Pagi, Gembira dapat bertemu tuan/puan dan akhiri dengan Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang calon temuduga syarikat tuan.


3) Tips ketika temuduga berlangsung

Gunakan masa dengan cara yang bijak untuk memperkenalkan diri anda dan seterusnya mewujudkan keserasian. Untuk tujuan ini, anda perlu pantas mencari topik-topik yang disukai oleh panel penemuduga.Caranya dengan perhatikan keadaan sekeliling bilik temuduga atau gaya panel penemuduga untuk mendapatkan sedikit panduan atau gambaran mengenai topik-topik yang disukai.
Bawa salinan "resume" ketika menghadiri sesi temuduga.
Anda dinasihatkan supaya membawa salinan resume untuk diberikan kepada panel penemuduga bagi memudahkan mereka. Sekiranya anda mempunyai portfolio kerjaya yang menerangkan secara terperinci tentang tanggungjawab anda di dalam sesuatu pekerjaan terkini atau terdahulu, sila bawa dan berikan kepada panel penemuduga. Pastikan anda sentiasa bertentangan mata secara berhadapan dengan panel penemuduga di dalam setiap sesi temuduga. Ini kerana mata tidak boleh menipu dan mata juga dapat menggambarkan keikhlasan dan kesungguhan anda. Oleh itu, sentiasa kekalkan pertentangan mata dengan panel yang memberi soalan dan pada masa yang sama sentiasa memerhatikan panel-panel yang lain. Jangan sekali-kali memperlekehkan panel-panel yang lain. Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel penemuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling. Jangan sesekali melihat ke bawah dan tidak mempedulikan soalan-soalan yang sedang ditanya oleh panel penemuduga.
Selain pertentangan mata ada beberapa perkara lain yang penting dilakukan oleh calon semasa sedang menghadiri sesi temuduga.

i) Ekspresi muka - Perlu berwajah tenang dan sedikit senyuman

ii) Ekspresi badan -Duduk dengan tegak
- Duduk di bahagian hujung kerusi untuk menunjukkan keperihatinan anda untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan.


4) Cara Bercakap

Selain itu, untuk menunjukkan keyakinan sepanjang sesi temuduga itu anda perlulah melontarkan setiap patah perkataan anda atau jawapan dengan nada suara yang terang, yakin dan konsisten. Jangan cuba berdolak-dalik dan elakkan daripada terperangkap dengan jawapan yang dikemukakan.
Malah anda boleh meminta penjelasan terhadap soalan yang kurang difahami untuk memastikan jawapan yang bakal diberi bertepatan dengan soalan yang dikemukakan.

Diperolehi daripada Google

1 comment:

  1. tips yg sgt bergune.. trime kasih
    tp ad mslh ckit nk bace.. kaler too striking laa..

    ReplyDelete