Powered By Blogger

Tuesday, January 26, 2010

Kasih sayang seorang ayah tidak ternilai

Vedio dibawah ini tentang kasih sayang seorang bapa penguin yang tidak terhingga pada anaknya. Semoga vedio ini dapat memberi kita pengajaran dan kesedaran supaya menghargai kasih sayang ibu bapa yang tidak ternilai.


Puisi tentang Ayah

Aku tak punya sesuatu yang istimewa
Untuk kupersembahkan padamu, Ayah tercinta
Jasamu sungguh luar biasa
Memberi tapi tak harapkan kembali…

Kau sekolahkan kami
Kau biayai hidup kami
Kau peras keringat siang malam
Demi kami, anak-anakmu

Yang penting kau sudah bebuat terbaik
Begitu mungkin alasanmu
Sebelum kau berangkat ke pelukanNya
Dan kami pun di sini
Kan senantiasa mendoa untukmu

Ayahku tercinta
Andai semua jasamu bisa kubalas

Tags: puisi
Prev: Buat Semua Bunda Tercinta di Dunia
Next: Bayi Immoral


Sumber diperolehi daripada gogle.


Monday, January 25, 2010

Ujian Personaliti Warna

Anda ingin tahu personaliti diri anda???

Pelbagai jenis alat ujian yang dapat mengukur personaliti kita. Andanya personaliti warna Sedik et.al (1997.

Sebelum itu anda dinasihatkan menjalani ujian personaliti warna yang boleh dijalankan secara online atau di bilik kaunseling berdekatan anda. Ujian personaliti dapat mengukur personaliti anda dengan tepat.

Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat ukuran ini telah dibina oleh Sidek et. al (1997),



HIJAU (Green)

Berdasarkan teori.
Ingin Tahu.
Kompleks.
Falsafah.
Panjang Akal.
Tenang.
Sabar.
Berpengetahuan luas.

Ciri-Ciri Umum:

Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip, dan berasaskan logik.

Kata kunci utama ialah Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi.

Ciri-Ciri Diri Saya:

☺ Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan.
☺ Saya cenderung untuk mereka cipta sesuatu yang baru.
☺ Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna.
☺ Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea.
☺ Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan panjang akal
☺ Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur.
☺ Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan.
☺ Saya mempunyai ciri-ciri analitikal, investigatif dan hipotetikal.


Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja:

☺ Saya seorang pemikir konsep yang bebas.
☺ Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan.
☺ Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang.
☺ Suka mereka cipta model, meneroka idea, atau membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan.
☺ Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama.

Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak:

☺ Saya seperti lebih tua dari umur saya dari segi pemikiran.
☺ Fokus saya ialah kepada perkara yang paling saya minati, iaitu mendapat pencapaian yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya.
☺ Saya tidak sabar dengan kaedah latih-tubi, atau rutin. Saya mungkin menyoal guru atau orang lain.
☺ Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya boleh belajar daripada mereka.



OREN

Tidak suka peraturan.
Adventures.
Spontan.
Gopoh tetapi Bersemangat.
Berani.
Suka Pertandingan.
Suka aktiviti bahaya tetapi seronok.
Berkemahiran.

Ciri-Ciri Umum:

Saya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut dan berkemahiran.

Kata kunci utama ialah Suka Mengembara atau Adventurous.

Ciri-Ciri Diri Saya:

☺ Bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan.
☺ Menganggap hidup sebagai satu permainan.
☺ Cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada.
☺ Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan.
☺ Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan.
☺ Tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar.
☺ Kadang kala mengambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan kesan yang mendalam.
☺ Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi sentiment dan berfikiran terbuka.
☺ Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu berbahaya tetapi menyeronokkan.

Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja:

☺ Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut rutin.
☺ Berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat menggunakan koordinasi fizikal, dan alatan.
☺ Saya seorang perfomer yang semula jadi.

Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak:

☺ Saya rasa jika dibandingkan dengan pelajar lain, saya menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah.
☺ Saya belajar dengan membuat atau mengalami dan bukannya dengan membaca atau mendengar.
☺ Dalam proses pembelajaran, saya perlukan penglibatan fizikal.
☺ Dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan atau keseronokan.




EMAS (Gold)

Boleh dipercayai
Keibubapaan
bertanggungjawab
Ikut peraturan
Adat resam
Tradisional
Sistematik


Ciri-Ciri Umum:

Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, pratikal, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh perhatian.

Kata kunci utama ialah Peraturan dan Saya Bertanggungjawab.

Ciri-Ciri Diri Saya:

☺ Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa.
☺ Sangat bertanggungjawab.
☺ Saya taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia.
☺ Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan.
☺ Saya seorang peneliti dan bersifat wajar.
☺ Saya menghormati masa.
☺ Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna.
☺ Selain setia, saya juga stabil, ada peraturan dan sistematik.
☺ Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga.
☺ Selalu mengambil tahu tentang sesuatu.
☺ Memberi perhatian, bersifat konkrit.
☺ Bersifat keibubapaan.
☺ Secara semula jadi, saya suka mengekalkan atau memelihara sesuatu adat resam.
☺ Saya adalah seorang yang suka menolong.
Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja:

☺ Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja.
☺ Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu




Biru

Romantis.
Harmoni.
Unik.
Berseni.
Empati.
Setia.
Tulen


Ciri-Ciri Umum:

Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati.

Kata kunci utama ialah Romantis serta Sukakan Keharmonian.

Ciri-Ciri Diri Saya:

☺ Saya mahu merasa unik dan seorang yang tulen.
☺ Saya seorang yang mudah bersimpati, berperibadi, dan selalu mencari makna dalam kehidupan.
☺ Saya inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani.
☺ Ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain.
☺ Bersedia dan sanggup memberi penjelasan untuk memberikan penerangan.
☺ Mesra, taat, menyayangi dan baik hati.
☺ Mudah terasa dan lemah lembut.
☺ Saya suka berkarya dan memberi ilham.
☺ Saya romantis, bersemangat, gembira dan imaginatif.
☺ Saya seorang yang puitis.
☺ Saya seorang yang suka membelai dan membantu orang lain.
☺ Saya seorang individu romantis yang semula jadi.
Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja:

☺ Saya mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.
☺ Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan, dan profesion menolong orang lain.
☺ Saya mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain.

Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak:

☺ Saya sangat imaginatif.
☺ Agak sukar menyesuaikan diri dalam sistem dan struktur sekolah.
☺ Saya mahukan pengiktirafan.
☺ Tidak sukakan perbalahan atau penolakan dalam diri saya.
☺ Saya sukakan galakan dan bukannya persaingan.
☺ Saya tidak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.



Sumber Dari Assist.Doc

Tuesday, January 19, 2010

Bagaimanakah ketrampilan diri yang sesuai untuk menghadiri temuduga?


1) Cara berpakaian

Cara berpakaian dan jenis pakaian ketika menghadiri temuduga juga boleh menjadi penentu
kejayaan anda dalam sesi temuduga. Oleh itu banyak yang telah diperkatakan dengan konsep "Berpakaian untuk kejayaan".Di sini dinyatakan beberapa perkara berkaitan cara berpakaian.

i) Perkara yang tidak elok pada kedua-dua pihak iaitu calon dan panel penemuduga:
Tindik telinga atau badan yang mudah dilihat . "Tatto" atau menanda badan secara kekal dan mudah dilihat
- Pemakaian pewangi secara berlebihan

ii) Perkara yang tidak elok untuk lelaki:
Warna pakaian (Hitam, Merah dan Berwarna-warni)
Jenis pakaian (Jeans, t-shirt dll) - Jenis tali leher (warna tidak sepadan dengan warna pakaian)
Berambut panjang dan berekor - Mewarnakan rambut dengan warna-warna tertentu yang menyakitkan mata
iii) Perkara yang tidak elok untuk wanita:
Pakaian yang menjolok mata.
Pemakaian warna kain tudung yang tidak sesuai.
Warna pakaian yang garang / striking


2) Tips ketika masuk Bilik Temuduga

Cara-cara yang patut dipraktikkan adalah seperti berikut:
Bangun dan berdiri tegak, kemudian hulurkan tangan untuk berjabat salam bersama panel penemuduga.
Berjabat salam secara lembut tetapi tegas
Jangan sekali-kali berjabat salam secara longlai dan tidak bertenaga
Berikan senyuman ringkas yang menarik
Ucapkan Selamat Pagi, Gembira dapat bertemu tuan/puan dan akhiri dengan Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang calon temuduga syarikat tuan.


3) Tips ketika temuduga berlangsung

Gunakan masa dengan cara yang bijak untuk memperkenalkan diri anda dan seterusnya mewujudkan keserasian. Untuk tujuan ini, anda perlu pantas mencari topik-topik yang disukai oleh panel penemuduga.Caranya dengan perhatikan keadaan sekeliling bilik temuduga atau gaya panel penemuduga untuk mendapatkan sedikit panduan atau gambaran mengenai topik-topik yang disukai.
Bawa salinan "resume" ketika menghadiri sesi temuduga.
Anda dinasihatkan supaya membawa salinan resume untuk diberikan kepada panel penemuduga bagi memudahkan mereka. Sekiranya anda mempunyai portfolio kerjaya yang menerangkan secara terperinci tentang tanggungjawab anda di dalam sesuatu pekerjaan terkini atau terdahulu, sila bawa dan berikan kepada panel penemuduga. Pastikan anda sentiasa bertentangan mata secara berhadapan dengan panel penemuduga di dalam setiap sesi temuduga. Ini kerana mata tidak boleh menipu dan mata juga dapat menggambarkan keikhlasan dan kesungguhan anda. Oleh itu, sentiasa kekalkan pertentangan mata dengan panel yang memberi soalan dan pada masa yang sama sentiasa memerhatikan panel-panel yang lain. Jangan sekali-kali memperlekehkan panel-panel yang lain. Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel penemuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling. Jangan sesekali melihat ke bawah dan tidak mempedulikan soalan-soalan yang sedang ditanya oleh panel penemuduga.
Selain pertentangan mata ada beberapa perkara lain yang penting dilakukan oleh calon semasa sedang menghadiri sesi temuduga.

i) Ekspresi muka - Perlu berwajah tenang dan sedikit senyuman

ii) Ekspresi badan -Duduk dengan tegak
- Duduk di bahagian hujung kerusi untuk menunjukkan keperihatinan anda untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan.


4) Cara Bercakap

Selain itu, untuk menunjukkan keyakinan sepanjang sesi temuduga itu anda perlulah melontarkan setiap patah perkataan anda atau jawapan dengan nada suara yang terang, yakin dan konsisten. Jangan cuba berdolak-dalik dan elakkan daripada terperangkap dengan jawapan yang dikemukakan.
Malah anda boleh meminta penjelasan terhadap soalan yang kurang difahami untuk memastikan jawapan yang bakal diberi bertepatan dengan soalan yang dikemukakan.

Diperolehi daripada Google

Untuk berjaya dalam temuduga




Anda mesti mengetahui objektif penemuduga anda.

Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :

1. Kebolehan berkomunikasi yang baik
2. Mempunyai kelayakan yang relevan
3. Bersemangat
4. Berinisiatif
5. Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
6. Berwatakan Menarik

Perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan pada anda :

1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.


Kawal emosi semasa temuduga
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
2. Jawab dengan jelas dan lantang
3. Kikiskan sifat ego anda
4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
5. Banyakkan senyuman
6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan


Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.


Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut
13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
21. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
22. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Monday, January 18, 2010

Jenis Darah dan Kaitan Dengan Personaliti Diri

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..


DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B -
Saya mempunyai jenis Darah B. Hiks! Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Sumber diperolehi daripada Google

Personaliti Mengikut Tarikh Lahir dan Haiwan


Januari 01-09 ~ Anjing

Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Sumber Diperolehi Daripada Google

Rahsia Tarikh Lahir

TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan.

Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir..Mari Kita Kira..
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

Hadir dengan idea baru,memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri,golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi,mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss, bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka, perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik dan berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach.


2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat,mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri, secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati,mereka tidak suka bersendirian,persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi, golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding,mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya, mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya, mereka sangat popular dan idealistik, golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional, mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin, mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan, mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian, mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar, mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil, mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5. Perintis

Mereka adalah perintis,secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm, mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat, dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi,persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti, golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira,hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka,perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka,mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang, mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik,mereka suka seni musik, mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius, golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah,perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka, mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan, mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian,mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara, mereka sangat suka berahsia, golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah,mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas,mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik, mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif, mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua, golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain, mereka sangat penyayang dan pemurah, dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka, mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka,mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran, mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood),untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Sumber diperolehi dari google

Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran


Setiap manusia mempunyai personaliti yang unik dan berbeza. Oleh itu, manusia itu berbeza antara satu sama lain. Manusia juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Terdapat pelbagai jenis personaliti yang dapat digunakan untuk menyetahui personaliti kita. Antaranya personaliti mengikut tarikh lahir.

JANUARI
Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang, suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas, teratur, bersifat sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tapi tak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang sangat tinggi.




FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, berscita-cita tinggi, suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.



MAC
Berpersonaliti yang menawan dan menarik, mudah didampingi, sangat pemalu, pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah, mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam-kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam muzik, kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.



APRIL
Sangat aktif and dinamik, cepat bertindah buat keputusan tapi cepat menyesal, sangat menarik dan sangat manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.



MEI
Kekerasan hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dah leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, pemikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.



JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, bersikap terus-terang, berperangai yang lemah-lembut, mudah berubah, sikap, perangai, idea dan mood, idea yang terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, berani dan tiada perasaan takut, suka bercakap dan berdebat, pandai menawan dan memukau, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib dan tulus, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas dan bergaya, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa yang menegur saya adalah kawan saya.



JULAI
Sangat seronok didamping, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali diransang, ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain dengan pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.



OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan-santun dan caring terhadap orang lain, berani dah tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan bersifat kepimpinan, pandai pujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luarbiasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam-kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.



SEPTEMBER
Sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya pentaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, bersistematik.



OKTOBER
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan-santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam-kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih, penyayang dan lemah-lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.


NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian, dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak-ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.


Sumber diperolehi dari goole