Powered By Blogger

Tuesday, March 2, 2010

Program Sek Men Teknik Taiping Perak

Assalamualiakum semua


Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya semasa menlaksanakan program bersama dengan rakan-rakan UPSI di Sek Men Teknik Taiping Perak bagi menyelesaikan tugasan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Banyak pegetahuan dan pengajaran yang saya dapat semasa menjalankan program ini. Program seperti ini dapat membimbing dan membantu saya untuk menjadi bakal guru kaunseling yang berjaya kelak. InsyAllah...

Sepanjang menjalankan program ini saya dapat mendekati pelajar-pelajar sekolah iaitu remaja. Bagi saya zaman remaja amat bernilai dan harus digunakan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, peranan kaunselor amat bermakna di sini untuk membantu,membimbing dan mendekatkan diri kepada pelajar agar dapat memimpin pelajar ke arah kebaikan dan sekaligus dapat mengatasi masalah delikuensi remaja di sekolah.

Di bawah ini saya telah masukkan vedio aktiviti yang kami jalankan semasa ice breaking sahaja... Aktiviti keseluruhan akan dimasukan kelak apabila saya telah membuat presentation.



Monday, February 22, 2010

Pesanan Buat Wanita




-PUISI WANITA SOLEHAH-

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah


Sumber diperolehi daripada google

Sunday, February 21, 2010

Kata-kata hikmah

1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37. "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38. "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39. "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan"

40. "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42. "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan"

43. "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44. "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46. "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

47. "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang"

48. "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49. "Lidahmu adalah bentengmu, jika dikau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika dikau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

50. "Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri"

51. "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52. "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53. "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora dengan lain ada."

54. "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan dikau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan dikau akan mencapai yang tertinggi."

56. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58."Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59. "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60. "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61. "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62. "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

sumber diperolehi daripada google

Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Sumber diperolehi daripada Google

Thursday, February 18, 2010

Di mana kedudukan anda?? jom semak

CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI TINGGI

1)dia ingin pergi ke sekolah awal pada setiap hari.

2)pada masa lapang dia menjalankan aktiviti berfaedah. cth, pergi perpustakaan.

3)dia suka membaca dan gemar belajar.

4)dia menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran dan bukannya beban.

5)dia sentiasa menyiapkan kerja rumah.

6)dia sentiasa melibatkan diri dlam kelas dan sentiasa bertanya kepada guru.



CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI RENDAH

1)dia tidak suka belajar dan pergi sekolah.

2)dia tidak suka membaca dan benci jika ada ujian atau peperiksaan.

3)dia mendapati mata pelajaran yang dipelajari membosankan.

4)dia tidak ingin menjawab atau bertanya dalam kelas.

5)dia jarang mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.

6)masa lapangnya diisi dengan aktiviti bermain dan membuang masa.

7)dan lain-lain lagi.



JADI, KAWAN-KAWAN BERADA DI KUMPULAN MANA?BERMOTIVASI TINGGI ATAU RENDAH? SENTIASALAH MEMBUAT PERUBAHAN SIKAP KE ARAH KEBAIKAN!

Diperolehi daripada google

Definisi Kaunseling individu dan kelompok

Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. Antaranya ialah :

a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.

b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan.

- Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) -

c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

- Muhd Mansur Abdullah (1993) -


Menurut beberapa orang pakar kaunseling, kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai ;

a) Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Menurut beliau, pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu.
- Zuraidah (1996;2004) -

b) Kaunseling kelompok merupakan proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang ahli. Mereka juga berpendapat bahawa kaunseling kelompok juga boleh menjadi agen pencegahan atau pengubatan bagi seseorang.
- Hansen, Warner dan Smith (1980) -

c) Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang tidak diingini.
- Gazda, Ducan dan Meadows (1967) dalam Zuraidah (2004) -



Sumber didapati daripada google

Tuesday, January 26, 2010

Kasih sayang seorang ayah tidak ternilai

Vedio dibawah ini tentang kasih sayang seorang bapa penguin yang tidak terhingga pada anaknya. Semoga vedio ini dapat memberi kita pengajaran dan kesedaran supaya menghargai kasih sayang ibu bapa yang tidak ternilai.


Puisi tentang Ayah

Aku tak punya sesuatu yang istimewa
Untuk kupersembahkan padamu, Ayah tercinta
Jasamu sungguh luar biasa
Memberi tapi tak harapkan kembali…

Kau sekolahkan kami
Kau biayai hidup kami
Kau peras keringat siang malam
Demi kami, anak-anakmu

Yang penting kau sudah bebuat terbaik
Begitu mungkin alasanmu
Sebelum kau berangkat ke pelukanNya
Dan kami pun di sini
Kan senantiasa mendoa untukmu

Ayahku tercinta
Andai semua jasamu bisa kubalas

Tags: puisi
Prev: Buat Semua Bunda Tercinta di Dunia
Next: Bayi Immoral


Sumber diperolehi daripada gogle.